Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Jumaat, 13 April 2018

Resepi Kuey Teow Goreng Basah Yang Ringkas


Resepi Kuey Teow Goreng Basah Yang Ringkas. Emm, sudah beberapa kali resepi berasaskan kuey teow dikongsikan dilaman ini, nampak dengan bahan tersebut pelbagai resepi dihasilkan. Sebelum ini saya selalu menyediakan menu Kuey Teow Goreng yang biasa. Jadi untuk kali ini, saya buat kelainan sedikit. Kita kasi basah dan banjir kuey teow dalam pinggan..huhu..

Biasanya keluarga saya suka masak Resepi Kuey Teow Goreng Basah ini untuk dimakan petang-petang dengan teh O panas. Selera betul makan ramai-ramai. Nak memasaknya tidak la susah, kalau anda nak buat juga, cepat-cepat cari bahan-bahannya dan kita teruskan dengan panduan memasak resepi tersebut dilaman ini..

Resepi Kuey Teow Goreng Basah Yang Ringkas
Resepi Kuey Teow Goreng Basah Yang Ringkas

Resepi Kuey Teow Goreng Basah Yang Ringkas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 500gm kuey teow 
  • 4 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
  • 1 sudu besar cili boh/ cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili 
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • 1 mangkuk air - kalau rasa kuah pekat boleh tambah
  • 1 ikat daun kucai - farah tak letak
  • 1 genggam taugeh
  • Garam secubit
  • Daging ayam dan kerang - kerang kena rebus dulu
  • Bebola ikan -  kerat 4
  • 1 biji tomato -  kerat 4 atau 8


Cara Membuat Resepi Kuey Teow Goreng Basah


Langkah 1
Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bawang putih yang sudah dicincang. Tumis sehingga kuning.

Langkah 2
Masukkan cili kering kisar / cili boh. Tumis sehingga pecah minyak.

Langkah 3

Masukkan ayam. Gaul dan masak sehingga ayam separuh masak. Selepas itu masukkan kerang yang sudah direbus. Masak kejap.

Langkah 4
Masukkan air. Gaul sebati dan biarkan hingga mendidih.

Langkah 5
Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap pekat dan garam.

Langkah 6
Bila ayam dah betul masak dan kuah pekat sikit, masukkan kuey teow. Gaul rata.

Langkah 7
Masukkan taugeh, kucai dan tomato. Masak hingga kuey toew masak. Tapi jangan sampai kuah kering.

Langkah 8
Kuey Teow Goreng Basah siap dihidangkan

Sumber > klik sini

Resepi Terkait:


Video Resepi Kuey Teow Goreng Basah 

 


Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuey Teow Goreng Basah dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan