Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Rabu, 25 April 2018

Resepi Chocolate Lasagna Yang Menarik Dan Sedap



Resepi Chocolate Lasagna Yang Menarik Dan Sedap. Kek apa yang dimakan oleh anak saudara ini, tengok sedap sangat dia makan. Minta sesuap pun tak bagi. Katanya kek ini untuk dia, Teh tak boleh usik atau makan. Emm, jadi kita pun ye jer la..huhu. Bila ditanya pada si Ibu, rupanya ia dipanggil Chocolate Lasagna, rasa sikit terus jatuh hati. Bestnya..

Jadi, saya pun minta la resepinya, rupanya kakak saya pun belajar melalui sahabat di blog. Saya ambil Resepi Chocolate Lasagna, boleh dicuba buat sendiri nanti. Tengok pada bahan dan cara membuatnya agak panjang juga. Semoga saya pun berjaya membuat resepi tersebut. Untuk anda yang ingin belajar juga, saya sertakan sekali panduan resepi dilaman ini..

Resepi Chocolate Lasagna Yang Menarik Dan Sedap
Resepi Chocolate Lasagna Yang Menarik Dan Sedap

Resepi Chocolate Lasagna Yang Menarik Dan Sedap

Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
 

Bahan-bahan A:
  • 36 ketul oreo
  • 6 sudu besar mentega (cairkan)

Cara Membuat:

Langkah 1
Kisar atau ketuk-ketukkan Oreo bersama krimnya sekali sehingga hancur.

Langkah 2
Masukkan mentega. Gaul rata.

Bahan-bahan B:

  • 250 gm cream cheese
  • 1 cawan whipping cream (bukan tenusu)
  • 60 gm gula kastor
  • 2 sudu besar susu segar

Cara Membuat:

Langkah 1
Pukul cream cheese sehingga lembut.

Langkah 2

Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sehingga gebu.

Langkah 3
Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.

Langkah 4
Di dalam bekas yang lain, pukul whipping cream hingga kental.

Langkah 5
Kemudian kaup balik whipping cream bersama cream cheese sehingga sebati. Ketepikan.




Resepi Chocolate Lasagna Yang Menarik Dan Sedap
Resepi Chocolate Lasagna Yang Menarik Dan Sedap
Bahan-Bahan C
  • 30 gm tepung jagung
  • 100 gm gula kastor
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 3 cawan susu segar
  • 200 gm dark chocolate
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar serbuk koko

Cara Membuat Resepi Chocolate Lasagna Yang Menarik Dan Sedap

Langkah 1
Campurkan tepung jagung, gula dan garam ke dalam bekas.

Langkah 2
Kemudian campurkan susu segar dan kacau sehingga sebati. Masak di atas dapur secara double boil.

Langkah 3
Kacau adunan sehingga sebati dan pekat.

Langkah 4
Masukkan coklat cincang dan kacau sehingga puding kental.

Langkah 5
Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata.

Langkah 6
Biarkan adunan sejuk sebentar.

Cara Melapis:

Langkah 1
Masukkan bahan A ke dalam bekas besar dan ratakan.

Langkah 2
Kemudian masukkan separuh bahan B. Sejukkan di dalam peti ais lebih kurang 15 minit.

Langkah 3
Masukkan pula ke semua bahan C. Ratakan. Sejukkan di dalam peti ais lebih kurang 15 minit.

Langkah 4
Ratakan pula lebihan bahan B tadi diatasnya.

Langkah 5
Akhir sekali taburkan apa-apa hiasan mengikut kesukaan masing-masing.


Langkah 6
Chocolate Lasagna siap untuk dihidangkan.

Sumber > klik sini

Resepi Terkait:

Video Resepi Chocolate Lasagna Yang Menarik Dan Sedap

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Video Chocolate Lasagna melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Chocolate Lasagna dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan