Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Selasa, 6 Februari 2018

Resepi Bubur Ayam Ringkas Dan Sedap


Resepi Bubur Ayam Ringkas Dan Sedap. Beberapa hari ni deman tambah selesema membuatkan badan tidak bermaya untuk melakukan akitiviti harian. Berkurung dan rehatkan badan la jawapannya. Nak makan pun tak berapa selera tapi kalau ada nasi habis sepinggang..haha. Bila tinggal bersendirian ini tambah-tambah lagi jauh dengan keluarga..

Teringinnya nak orang lain masakkan untuk saya seperti dapat makan bubur ayam masakan ibu. Tapi Ibu jauh ini, kena juga gagahkan diri buat sendiri resepi tersebut. Resepinya pun belajar dari blog-blog diluar sana, masak pun dengan cara ringkas sahaja. Janji dapat makan..huhu. Dilaman ini pun saya kongsikan untuk manfaat bersama..


Resepi Bubur Ayam Ringkas Dan Sedap
Resepi Bubur Ayam Ringkas Dan Sedap (Gambar Hiasan)

Resepi Bubur Ayam Ringkas Dan Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 1 cawan beras
  • 1 inci halia
  • Serbuk secukup rasa Maggi/pati ayam
  • Sedikit isi ayam
  • Ikan bilis goring
  • Sedikit minyak bijan
  • Sedikit daun sup dan daun bawang
  • Bawang goreng
  • 1 biji lada merah
  • Air secukupnya
Resepi Bubur Ayam Ringkas Dan Sedap
Resepi Bubur Ayam Ringkas Dan Sedap (Gambar Hiasan)

Cara Menbuat Nasi Bubur Ayam


Langkah 1
Rebus ayam sehingga empuk. Pastikan air rebusannya banyak untuk masak nasi dan untuk ‘kuah’ bubur.

Langkah 2
Ketepikan dulu ayam dan air rebusan ayam.

Langkah 3
Tanak beras dengan air rebusan ayam tadi. Kacau dan masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.

Langkah 4
Selepas bubur dah masak, masukkan halia, serbuk perasa dan garam.

Langkah 5
Masukkan hirisan isi ayam ke dalam bubur.

Langkah 6
Hiaskan dengan ikan bilis goreng, serta masukkan beberapa titik minyak bijan, daun sup dan daun bawang dan juga bawang goreng. Tambah lada untuk rasa pedas, bergantung pada citarasa anda.

Langkah 7
Bubur ayam siap untuk dihidangkan..

Selesai..

Sumber > klik sini

Lagi Resepi Menarik:

Video Resepi Bubur Ayam



Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Bubur Ayam dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan