Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 21 Januari 2018

Resepi Telur Goreng Masak Merah Ringkas


Resepi Telur Goreng Masak Merah Ringkas. Kali ini saya ingin kongsikan resepi masakan yang paling ringkas dan murah iaitu Resepi Telur Goreng Masak Merah. Walaupun hanya telur goreng tapi bila dibuat masak merah. Kesedapannya tidak terkata, bagi saya la..huhu. Jika anda hidup bujang yang selalu goreng telur itu. Apa kata cuba sekali buat resepi ini. Cara memasaknya ada disediakan dilaman ini..
Resepi Telur Goreng Masak Merah Ringkas
Resepi Telur Goreng Masak Merah Ringkas (Gambar Hiasan)

Resepi Telur Goreng Masak Merah Ringkas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 5 biji telur ayam (digoreng)
  • 1 cawan santan pekat / susu cair
  • 1 labu bawang besar sederhana saiznya (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sm halia (dikisar)
  • 1 sm lengkuas (dkisar)
  • 1 senduk cili giling
  • 1 sudu besar puri tomato / sos tomato
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit kicap
  • Sedikit sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
Resepi Telur Goreng Masak Merah Ringkas
Resepi Telur Goreng Masak Merah Ringkas (Gambar Hiasan)


Cara Masak Resepi Telur Goreng Masak Merah


Langkah 1
Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.

Langkah 2
Masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.

Langkah 3

Kemudian masukkan sos tomato/puri tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa.

Langkah 4
Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan ia mendidih hingga pekat. Tutupkan api.

Langkah 5
Masukkan telur dan gaulkan. 


Langkah 6
Siap dan boleh dihidangkan..

Selesai..

Sumber > klik sini

Video Resepi Telur Goreng Masak Merah

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Telur Goreng Masak Merah dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan