Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Selasa, 9 Januari 2018

Resepi Sotong Berempah Sedap Dan Berlemak


Resepi Sotong Berempah Sedap Dan Berlemak. Artikel resepi kali ini masih lagi berceritakan makanan laut kegemaran iaitu sotong. Kita belajar masak Resepi Sotong Berempah pula, pasti ada di kalangan anda yang belum membuat atau merasainya, kan. Bagaimanakah rasa sotong berempah ? Hanya mereka yang merasainya tahu kelazatannya. Jadi, saya kongsikan resepi tersebut dilaman ini..
Resepi Sotong Berempah Sedap Dan Berlemak
Resepi Sotong Berempah Sedap Dan Berlemak (Gambar Hiasan)

Resepi Sotong Berempah Sedap Dan Berlemak


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
 

Bahan-bahan
  • 300g sotong kecil 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia daun kari
  • 1 sudu besar pes cili
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • ½ sudu teh serbuk jintan putih
  • ½ sudu teh serbuk kunyit sedikit garam
  • 1 sudu teh air asam jawa dan
  • 1 cawan air


Cara Membuat Resepi Sotong Berempah


Langkah 1
Campurkan sotong bersama kunyit dan garam. Kemudian, goreng sotong tersebut untuk seketika. Apabila separuh masak, angkat dan ketepikan dahulu

Langkah 2
Hancurkan 1 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah, jintan, dan pes cili. Kemudian hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia

Langkah 3
Setelah itu, tumis bahan-bahan yang telah dihiris itu sehingga wangi, diikuti dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Masukkan juga daun kari.

Langkah 4
Seterusnya, masukkan pula asam jawa, sedikit air, gula dan sotong. Kacau sebati sehingga sotong masak.

Langkah 5

Resepi sotong boleh dihidangkan..


Selesai..

Sumber > klik sini

Video Resepi Sotong Berempah
 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Sotong Berempah dengan awesome sekali..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan