Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Rabu, 6 Disember 2017

Cara Membuat Resepi Kuey Teow Kungfu


Cara Membuat Resepi Kuey Teow Kungfu. Bila masak bahan yang berasaskan Kuey Teow, kebanyakkan sedap-sedap. Salah satu yang menjadi kegemaran saya ialah Kuey Teow Kungfu. Itu sebab selalu jugak memasak untuk keluarga dan tetamu yang datang ke rumah. Hendak belajar membuat Resepi Kuey Teow Kungfu tidak susah dan bahan-bahannya mudah didapati di pasaraya. Jika anda teringin memasaknya, saya kongsikan juga dilaman ini..
Cara Membuat Resepi Kuey Teow Kungfu
Cara Membuat Resepi Kuey Teow Kungfu (Gambar Hiasan)

Cara Membuat Resepi Kuey Teow Kungfu


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan untuk kuey teow
  • Kuey teow
  • 2 biji telur (sesuaikan dengan keadaan)

Langkah 1
Panaskan minyak dalam kuali.

Langkah 2

Kacau 2 biji telur guna garfu selepas itu masukkan kuey teow dalam telur. Kacau sampai rata.
 

Langkah 3
Goreng campuran kuey teow dengan telur, goreng masak atau garing. Ketepikan dulu.


Bahan untuk kuah

  • 1-2 ulas bawang putih
  • 1 @ 2 biji cili api diketuk
  • Air secukupnya
  • 1-2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air) kena agak-agak kepekatan kuah. Pastikan tidak cair sangat dan tak terlalu pekat)
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Sayur kailan
  • Lobak
  • Jagung muda dibelah 4
  • Cendawan butang di potong
  • Kobis dipotong
  • Isi ayam dipotong dadu
  • Sotong dipotong bulat
  • Udang dibuang bahagian mulutnya
  • Lada sulah
  • Garam

Langkah 1

Panaskan kuali, masukkan 1 sudu minyak masak dan bawang putih yang diketuk sahaja. Goreng sehingga naik bau..
 

Langkah 2
Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian bahan.

Langkah 3
Masukkan isi ayam, sotong dan udang.
 

Langkah 4
Masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan sesuaikan kepekatan kuah.
 

Langkah 5
Kemudian masukkan sayuran yang dipotong dan lada sulah. Letak garam mengikut citarasa anda.

Langkah 6

Mendidih dan kuah siap.

Langkah 7

Masukkan kuey teow dalam pinggan dan masukkan kuahnya. Boleh dihidangkan untuk diri sendiri atau keluarga.

Selesai

Sumber > Klik sini

Video Resepi Kuey Teow Kungfu



Semoga anda terhibur dan dapat belajari "Resepi Kuey Teow Kungfu" dengan awesome sekali..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan