Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Rabu, 1 November 2017

Resepi Kek Butter Cheese Yang Mudah


Resepi Kek Butter Cheese Yang Mudah. Hari ini saya ingin kongsikan resepi berkaitan dengan kek, rasanya sudah lama tiada blog post pasal kek...huhu. Mahukah anda belajar membuat Resepi Kek Butter Cheese yang gebu, lembut dan ringkas. Jika mahu ? Teruskan membaca. Saya memang suka makan kek ini, rasanya anda juga sama macam saya, kan..

Jadi, jika anda ingin mengetahui resepinya, saya kongsikan dilaman ini..
Resepi Kek Butter Cheese Yang Mudah
Resepi Kek Butter Cheese Yang Mudah (Gambar Hiasan)

Resepi Kek Butter Cheese Yang Mudah


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 170gm mentega
  • 125 gm krim keju
  • 250 gm gula kastor
  • 5 biji kuning telur
  • 210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
  • 1½ camca teh serbuk penaik } diayak
  • 2 camca teh vanila
  • 5 biji putih telur
  • 1/8 camca teh garam


Cara Menyediakan Resepi Kek Butter Cheese


langkah 1

Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
 

Langkah 2
Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis.
 

Langkah 3
Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati.
 


Langkah 4
Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.
 

Langkah 5
Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih.
 

Langkah 6
Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi.
 

Langkah 7
Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
 

Langkah 8
Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega..
 

Langkah 9
Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak.
 

Langkah 10
Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin

Langkah 11
Siap dan boleh dihidangkan..

Selesai..

Sumber > klik sini 
Resepi Kek Butter Cheese Yang Mudah
Resepi Kek Butter Cheese Yang Mudah


Video Resepi Kek Butter Cheese
 

Resepi terkait:

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kek Butter Cheese dengan awesome sekali..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan