Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Selasa, 10 Oktober 2017

Resepi Puding Jagung Kastard Sedap Sukatan Cawan


Resepi Puding Jagung Kastard Sedap Sukatan Cawan. Resepi ini antara dessert yang mudah disediakan. Bahannya yang ringkas dan mudah didapati di pasaraya-pasaraya terpilih. Jika anda masih belum merasainya lagi atau belum mencuba Resepi Puding Jagung Kastard ini. Mungkin ianya akan menjadi salah satu dessert kegemaran anda dan selalu menyediakan hidangan ini untuk keluarga atau kawan..huhu. Untuk mencuba resepi tersebut, boleh belajari resepinya dibawah..

Resepi Puding Jagung Kastard Sedap Sukatan Cawan

Resepi Puding Jagung Kastard Sedap Sukatan Cawan


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..
 

Bahan-bahan
  • 1 Cawan Tepung Kastad
  • 1 Cawan Susu Sejat
  • 3 1/2 Cawan Air
  • 1 Biji Jagung Fresh
  • 10 Sudu Gula



Cara Menyediakan Resepi Puding Jagung Kastard


Langkah 1

Jagung dibersihkan dan diasingkan dari bijinya.
 

Langkah 2
Panaskan air dalam periuk bersama jagung sehingga mendidih.
 

Langkah 3
Bancuhkan tepung kastad bersama susu sejat dan masukkan kedalam air didih.
 

Langkah 4
Kalau sehingga sebati, sehingga tepung jadi pekat dan nampak sedikit licin.
 

Langkah 5
Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil kacau rata kemudian tutup api.
 

Langkah 6
Tuang adunan kedalam loyang dan sejukkan seketika pada suhu bilik.
 

Langkah 7
Simpan dalam fridge dalam 3-4 jam sebelum dihidangkan.

Selesai..

Sumber > klik sini

Video Menyediakan Resepi Puding Jagung Kastard 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Puding Jagung Kastard dengan awesome sekali..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan