Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Ahad, 15 Oktober 2017

Resepi Maggie Ketam Ringkas Dan Lazat


Resepi Maggie Ketam Ringkas Dan Lazat. Bulan 10 ini antara bulan yang istimewa buat saya. Jadi, bawa keluarga makan-makan sikit untuk menyambut Ulang tahun perkahwinan dan menyambut hari jadi anak saya yang kedua tahun. Tiada la makan besar-besar hanya sepotong kek dan Maggie Ketam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Lazatnya makan makanan seafood seperti ketam, udang, kupang dan sebagainya..

Akhirnya dapat juga makan Maggie Ketam ini..huhu..

Resepi Maggie Ketam Ringkas Dan Lazat
Resepi Maggie Ketam Ringkas Dan Lazat

Resepi Maggie Ketam Ringkas Dan Lazat


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • Sebungkus maggi kari
  • Ketam (cengkerang belakang bersihkan jangan dibuang)
  • Sawi
  • Cili merah
  • Bawang merah (hiris)
  • Bawang putih (hiris)
  • Bahan pemekat kuah (blenderkan bawang merah sikit, bawang putih sikit dan udang)
  • Sedikit cili boh (kalau rajin blendkan cili kering sikit)
  • Telur


Cara Masak Resepi Maggie Ketam


Langkah 1

Tumiskan bahan pemekat kuah dan masukkan cili boh. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
 

Langkah 2
Tumis sekali bahan hiris untuk tambah rasa (kalau nak abaikan step ini pun tiada masalah) Masukkan cili merah yang dihiris..
 

Langkah 3
Sudah cantik dan sebati. Masukkan air dan masukkan ketam bersama cengkerang. Bila ketam sudah masak, angkat ketam dan ketepikan dulu..
 

Langkah 4
Rebus mee maggi dan masukkan perencah ke dalam kuah..
 

Langkah 5
Pecahkan telur dan biarkan masak (kalau nak kuning telur goyang, masukkan telur di akhir sekali). Biarkan mendidih..
 

Langkah 6
Masukkan sawi tapi jangan sampai layu sangat nanti tidak sedap dan khasiat pun sudah kurang.
 

Langkah 7
Perasakan dengan garam kalau masih kurang masin..  

Langkah 8
selepas itu masukkan maggie dalam mangkuk, letakkan sekali ketam tersebut..

Langkah 9

Siap dan boleh dimakan..

Selesai..

Sumber > klik sini

Baca:

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Maggie Ketam dengan awesome sekali.. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan