Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Rabu, 25 Oktober 2017

Resepi Kuey Teow Goreng Yang Ringkas


Resepi Kuey Teow Goreng Yang Ringkas. Anak-anak selalu meminta untuk dimasak kuey teow goreng, kata mereka kuey teow yang dimasak oleh saya sedap..Pandai mereka membodek bila nak makan..huhu. Walaupun menyediakan resepi kuey teow goreng yang simple dan ringkas, tetap sedap, kan. Lagi-lagi bila ibu yang memasak macam saya..huhu..

Resepi ini juga sebenarnya diambil dari laman blogger. Jadi, saya kongsikan juga untuk anda..
Resepi Kuey Teow Goreng Yang Ringkas
Resepi Kuey Teow Goreng Yang Ringkas

Resepi Kuey Teow Goreng Yang Ringkas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • Sebungkus kuey teow - bilas dan toskan
  • 1 cawan hirisan daging ayam
  • 2 keping fish cake - hiris nipis
  • 4 batang sosej - potong bulat
  • 1 cawan taugeh
  • 1 cawan daun bawang yang dipotong sepanjang 3cm
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 labu bawang besar cincang
  • Minyak
Resepi Kuey Teow Goreng Yang Ringkas
Resepi Kuey Teow Goreng Yang Ringkas



Cara Menyediakan Resepi Kuey Teow Goreng


Langkah 1
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu dan kekuningan.
 

Langkah 2
Masukkan daging ayam dan tumis hingga masak.
 

Langkah 3
Seterusnya masukkan fish cake dan sosej. Gaul sebati.
 

Langkah 4
Tambahkan sos tiram, sos tomato, cili sos dan kicap manis.
 

Langkah 5
Masukkan kuey teow bersama taugeh.
 

Langkah 6
Tambahkan perasa dengan menaburkan serbuk pati ayam. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan daun bawang.
 

Langkah 7
Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.

Langkah 8
Siapdan boleh dihidangkan..

Selesai..

Sumber > klik sini

Baca:

Video Resepi Kuey Teow Goreng

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuey Teow Goreng dengan awesome sekali..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan