Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Rabu, 6 September 2017

Resepi Paprik Udang Ringkas Dan Lazat


Resepi Paprik Udang Ringkas Dan Lazat. Rasanya ramai pengemar blog ini yang menyukai makanan laut seperti udang, kan. Tidak terkecuali juga saya. Bermacam-macam baka udang ada, dari kecil hingga besar. Ada yang menyukai udang yang kecil atau menyukai udang besar. Orang kata selera masing-masing. Biasanya resepi apa yang masak, adakah resepi paprik udang. Jika teringin membuatnya, boleh baca resepinya di sini..

Resepi Paprik Udang Ringkas Dan Lazat

Resepi Paprik Udang Ringkas Dan Lazat


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 10 ekor udang sederhana besar - dibersihkan dan digunting bahagian belakang
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1sb lada merah - yang telah dikisar
  • Sedikit cili padi - dibelah tapi jangan putus
  • 2 helai daun limau purut - disiat
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1/2 biji bawang holland - di hiris kasar
  • 2sb sos tiram
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit kacang panjang, jagung muda, carrot - dipotong
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis



Cara Menyediakan Resepi Paprik Udang


Langkah 1

Panaskan minyak, masukkan bawang putih, lada kisar, cili padi,serai dan daun limau. Tumis hingga wangi.
 

Langkah 2
Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air. Bila dah mendidih, masukkan udang,bawang holand dan sayur yang telah dipotong tadi. Kacau rata dan rasakan garam.
 

Langkah 3
Tak perlu letak garam sebab sos tiram dan sos cili dah cukup rasa masin dan manisnya.
 

Langkah 4
Bila udang dah masak, tutup api, angkat dan hidangkan.


Selesai..

Sumber > klik sini

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Paprik Udang Ringkas Dan Lazat dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan