Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Khamis, 14 September 2017

Resepi Kuih Dorayaki Yang Ringkas Dan Gebu


Resepi Kuih Dorayaki Yang Ringkas Dan Gebu. Jika anda pernah melihat anime Doraemon, pastinya mengetahui kuih ini lah yang digemari oleh salah satu wataknya iaitu Doraemon. Nampak sedap dan menarik, kan. Bagaimana cara menyediakan Resepi Kuih Dorayaki ini. Saya pun teringin juga untuk merasa keenakan kuih tersebut. Jadibuat sendiri saja, saya juga kongsikan resepinya..

Resepi Kuih Dorayaki Yang Ringkas Dan Gebu

Resepi Kuih Dorayaki Yang Ringkas Dan Gebu


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil baking soda
  • Inti (coklat, kacang merah, strawberry etc)

Cara Menyediakan Resepi Kuih Dorayaki


Langkah 1
Masukkan telur dan gula dalam mangkuk.pukul guna whisk sampai berbuih.
 

Langkah 2
Masukkan madu, minyak dan esen vanila.gaul sebati.
 

Langkah 3
Ayakkan tepung + baking soda ke dalam adunan tadi.gaul sebati.
 

Langkah 4
Masukkan air.dan gaul lagi hingga sebati.
 

Langkah 5
Panaskan non-stick pan.dan masukkan sesenduk adunan.api kecil je tau.
 

Langkah 6
Masak je macam masak lempeng. 😄
 

Langkah 7
Lepastu boleh la letak inti kegemaran korang.


Selesai

.
Sumber > Salimah Olie 


Baca Resepi Lain :

Video Masak Resepi Kuih Dorayaki

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuih Dorayaki dengan awesome sekali..

1 ulasan: