Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Jumaat, 15 September 2017

Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis Sedap


Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis Sedap. Awal gaji boleh lah membeli ikan bawal kerana boleh tahan harganya walaupun seekor..huhu. Tapi isi ikan bawal memang sedap dengan apa-apa resepi, lebih-lebih lagi bila dimasak dengan resepi ikan bawal masak masam manis. Jadi hari ini, jom kita belajar memasak resepi ini dan makan bersama keluarga..

Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis Sedap

Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis Sedap


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah.. 

Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan bawal saiz sederhana, disiang dan cuci bersih, toskan*
  • Sedikit garam*
  • Sedikit lada sulah*(*disatukan dan gaul rata, perap sekejap)
  • 3 camca besar tepung jagung
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 hirisan nipis halia, cincang halus
  • 1 biji tomato, cincang halus
  • 1 camca besar sos tomato
  • 3/4 camca besar cili kisar
  • 1/4 cawan cili sos
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Hirisan cili merah untuk hiasan

Cara Menyediakan Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis Sedap


Langkah 1
Ikan bawal disalut dengan tepung jagung, rata2. Kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
 

Langkah 2
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. 

Langkah 3
Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato cincang dan masak sekejap.
 

Langkah 4
Masuk sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. Biar mendidih.
 

Langkah 5
Tambah garam secukup rasa (dan jika suka manis, boleh tambah sedikit gula lagi). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
 

Langkah 6
Curah sos tadi atas ikan bawal. ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah.
 

Langkah 7
Siap untuk dihidangkan.

Selesai..

Baca juga :

Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis dengan awesome sekali..

1 ulasan:

  1. Terimakasih atas panduan yang dah lama tak saya cari.panduan ini amat teramat efektif,mudah difahami.audio pun jelas.keep it up sis.

    BalasPadam