Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Sabtu, 19 Ogos 2017

Resepi Kuih Cakoi Lembut Dan Gebu

Resepi Kuih Cakoi Lembut Dan Gebu. Kuih Cakoi sedap dimakan dan dicecah dengan kari gulai ayam atau daging. Nikmatnya lagi terasa bila makan bersama-sama family di waktu petang.huhu. Itu nostagia bila berada di kampung. Bagaimana untuk membuat resepi kuih cakoi terasa sedap, lembut dan gebu ? Mungkin di halaman ini dan perkongsian resepi ini. Anda berjaya memasak kuih tersebut dengan lembut dan gebu..

Resepi Kuih Cakoi Lembut Dan Gebu

Resepi Kuih Cakoi Lembut Dan Gebu


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 1 cawan air
  • 2 cawan tepung roti
  • 1/4 camca teh yis segera
  • 1 camca teh gula
  • 1 camca teh garam
  • 1/2 camca teh soda bikarbonat
  • 1 camca besar minyak mazola
  • Minyak untuk menggoreng


Cara Masak Resepi Kuih Cakoi


Langkah 1
Dalam satu bekas masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata. 

Langkah 2
Dalam satu bekas yang lain masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan yis segera. Kacau sehingga sebati sedikit, selepas itu buat lubang di tengah-tengah adunan . Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehingga sebati terlebih dahulu.

Langkah 3

Pindahkan adunan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh. Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam.

Langkah 4

Selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil bersaiz 1cm tebal dan panjang 2 cm. Biarkan lagi 10-15 minit. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.
 

Langkah 5
Apabila minyak sudah panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan. Siap dan boleh dihidangkan..


Selesai..


Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Cakoi 

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kuih Cakoi Lembut Dan Gebu dengan awesome sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan