Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Isnin, 31 Julai 2017

Resepi Sotong Celup Tepung Yang Ranggup


Resepi Sotong Celup Tepung Yang Ranggup. Anda yang menetap di Terengganu pastinya mengenali Kedai Pok Nong yang tersohor dengan makanan celup tepung seperti sotong, udang, ikan dan bermacam-macam lagi. Bila dapat makan, sotong celup tepung makanan pilihan dinikmati waktu petang yang awesome..huhu. Jika anda teringin memasak sendiri masakan ini di rumah, saya kongsikan Resepi Sotong Celup Tepung..

Resepi Sotong Celup Tepung Yang Ranggup

Resepi Sotong Celup Tepung Yang Ranggup


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
  • 1 cawan kecil tepung gandum
  • 1/2 cawan kecil tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Sebiji telur dipukul sedikit
  • Minyak masak untuk menggoreng



Cara Masak Resepi Sotong Celup Tepung


Langkah 1
Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
 

Langkah 2
Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
 

Langkah 3
Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.
 

Langkah 4
Panaskan minyak.
 

Langkah 5
Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
 

Langkah 6
Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
 

Langkah 7
Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.

Selesai..

Tips Mengoreng

Nak mengoreng kena ada tekniknya, antaranya ialah..
  1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.
  1. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.
  1. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.
  1. Angkat sotong yang telah masak/garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)
  1. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.
Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Sotong Celup Tepung

   

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Sotong Celup Tepung dengan awesome sekali.. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan