Aneka Pilihan Resepi Menarik Di Sini

Jumaat, 25 Ogos 2017

Resepi Kek Coklat Lava Mudah Dan Ringkas

Resepi Kek Coklat Lava Mudah Dan Ringkas. Macam mana cara membakarnya sampai isi dalam kek tersebut boleh menjadi cecair seakan-akan lava, sedap pulak dimakan. Sebab itu ia dipanggil Resepi Kek Coklat Lava. Di halaman ini saya kongsikan langkah-langkah untuk menghasilkan kek ini, resepi diambil dari perkongsian blogger. 4 kek coklat boleh dihasilkan dengan bahan-bahan yang ditunjukkan, sesuaikan bahan tersebut dengan keadaan dan cara masakan anda..


Resepi Kek Coklat Lava Mudah Dan Ringkas


Resepi Kek Coklat Lava Mudah Dan Ringkas


Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • 5 sudu besar butter
  • 100gm coklat gelap (satu bar coklat standard)
  • 2 biji telur saiz besar
  • 1 kuning telur saiz besar
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar tepung
  • 2 sudu kecil serbuk koko
  • 1 secubit garam
  • 4 paper cup atau 4 ramekins – disapu butter



Cara Masak Resepi Kek Coklat Lava


Langkah 1

Panaskan oven – 200degree (atas bawah) 180degree (hot air/udara panas)
 

Langkah 2
Cairkan mentega dan coklat bersama-sama secara “double boiler” atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.
 

Langkah 3
Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.
 

Langkah 4
Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar yg tebal yg telah disapu dgn butter.
 

Langkah 5
Kalau ada masa sejukkan dulu adunan di dalam freezer selama 5 minit namun kalau taknak boleh terus masuk oven.
 

Langkah 6
Bakar selama 13 minit sahaja jangan lebih nanti tak jadi lava. Kalau tak nak masuk oven boleh steam. Atau boleh juga guna teknik “waterbath” kalau nak, tapi make sure pakai ramekins lah yer.  Angkat dan biarkan sejuk seketika dan hidangkan.
 

Selesai

Sumber > klik sini

Video Masak Resepi Kek Coklat Lava

 

Semoga anda terhibur dan dapat belajari Resepi Kek Coklat Lava dengan awesome sekali.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan